TERDAPAT BEBERAPA PERSOLAN YANG PERLU KITA TANYA KEPADA DIRI KITA SENDIRI DAN JAWAPAN KEPADA PERSOALAN TERSEBUT HANYA DIKETAHUI OLEH DIRI KITA SENDIRI SAHAJA.
siapakah orang yang sombong :
adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin dan manusia yang sombong diri..
siapakah orang yang dungu :
adalah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya itu.
siapakah orang kuat :
adalah orang yang dapat menahan kemarahanya ketika ia dalam kemarahan...
siapakah orang yang bakhil :
adalah orang yang lidahnya berat untuk membaca selawat keatas junjungan Rasullullah s.a.w
siapakah orang yang sibuk :
adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
siapakah orang yang menangis air mata mutiara :
adalah orang yang tatkala sedang bersendirian lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan segala dosa-dosanya yang lalu sambil mengalir airmatanya.
siapakah orang yang miskin :
adalah orang yang tidak puas dengan segala kenikmatan yang ada dan sentiasa mengumpul harta
siapak orang yang pandai-
adalah orang yang bersiapsedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.
siapakah orang yang bodoh-
adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya di abaikan.
siapakah orang yang gila :
adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang membolehkan seseorang itu meninggalkan sembahyang,pertama sekiranya ia haid dan keduanya ia tidak siuman akalnya..
siapakah orang yang rugi :
adalah orang yang usianya pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan
siapakah yang mempunyai rumah yanng sempit lagi dihimpit :
adalah orang yang mati tidak membawa kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
siapakah yang tidak berakal :
adalah orang yang menghuni neraka kerana sekiranya mereka didunia dulu menggunakan akal maka sudah tentu mereka tidak mahu masuk neraka..
Sumber : http://nasihat-ibu.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment